MWNBD adakan Mesyuarat Agung

MWNBD adakan Mesyuarat Agung

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Kira-kira 80 ahli persatuan yang bergabung dengan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNDB) bersidang di Mesyuarat Agung Tahunan MWNBD yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MWNBD, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran haji Matarsat.

Ketika berucap di majlis itu, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam antara lain menekankan bahawa Majlis Wanita perlu bersyukur dan menghargai peluang yang diberikan pihak kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan terutama dalam mengiktiraf MWNBD dalam pembangunan negara.

“Saya bersyukur kerana setakat ini majlis wanita telah melaksanakan tugas dan peranannya sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan yang mewakili wanita di negara ini baik di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa,” ujarnya.

Yang Dipertua MWNBD (dua dari kanan) ketika mempengerusikan majlis itu.
Yang Dipertua MWNBD (dua dari kanan) ketika mempengerusikan majlis itu.

Mesyuarat menyaksikan pembubaran ahli lama dan pelantikan Ahli Jawatankuasa Eksekutif MWNBD baru yang diselaraskan Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam (PPPBD) dan dipengerusikan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim.

ARTIKEL YANG SAMA