MWNBD semarakkan Ramadan

MWNBD semarakkan Ramadan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Seramai 150 orang ahli dari 13 buah persatuan yang bergabung dengan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD), telah menghadiri Majlis Penutup Bertadarus dan Khatam Al-Quran MWNBD yang berlangsung di Dewan Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah, hari ini.

Turut hadir di majlis itu ialah Yang Dipertua MWNBD, Datin Hajah Siti Hajar binti Pehin OKSS Dato Paduka Haji Awang Mohd Yusof, naib-naib Yang Dipertua MWNBD, ahli-ahli Lembaga Tadbir MWNBD, wakil tetap persatuan dan ahli-ahli dari 13 persatuan berkenaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Datin Hajah Siti Hajar sementara itu, doa khatam, tahlil, doa selamat dan doa Allah Peliharakan Sultan dipimpin oleh ahli Pertiwi, Hajah Fatimah binti Haji Ahmad.

Ahli-ahli yang menyertai majlis tersebut terdiri daripada ahli persatuan PERTIWI, WI, PGGMB, BISTARI, PANDU PUTERI, PKP BELAIT, BAKIT, PSW, PERGANTIA, BAKANITA, PERBEKAL, PEWAJA dan Persatuan Nurul Islam.

Yang Dipertua MWNBD dan Naib Yang Dipertua MWNBD ketika menyertai majlis khatam Al-Quran.
Yang Dipertua MWNBD dan Naib Yang Dipertua MWNBD ketika menyertai majlis khatam Al-Quran.

Majlis ini merupakan acara tahunan MWNBD untuk menyemarakkan lagi suasana bulan Ramadan seterusnya mendekatkan diri dengan Al-Quran selain meningkatkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli persatuan yang bergabung dengan majlis tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA