MY Town ceriakan kanak-kanak KACA

MY Town ceriakan kanak-kanak KACA

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Wajah riang terpancar di wajah 10 pelajar dari Persatuan KACA (Kanak-kanak Cacat) apabila mereka diraikan dalam Majlis Sungkai di MY Town Eating House, Batu Satu, di sini, kelmarin.

Di majlis itu, para pelajar bersama-sama ibu bapa dan penjaga mereka serta kakitangan pengajar dari pusat berkenaan berpeluang untuk menikmati pelbagai hidangan juadah yang disajikan.

Pengarah Urusan Pusat KACA, Haji Abdul Alim Othman di majlis berkenaan menyatakan penghargaan dan mengongsi kegembiraan semua pelajar pusat berkenaan yang berpeluang untuk menikmati dan dijemput di majlis penuh bermakna bagi mereka itu.

Di majlis berkenaan, Pengarah Urusan My Town Eating House, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Mun’im bin Pengiran Anak Haji Tahiruddin bagi mewakili syarikat, PAR Food & Beverage Sdn Bhd, menyampaikan hadiah dan sampul hijau kepada para pelajar pusat yang diraikan.

Di antara yang diraikan disajikan pelbagai hidangan semasa majlis sungkai berkenaan.
Di antara yang diraikan disajikan pelbagai hidangan semasa majlis sungkai berkenaan.
YAM Pengiran Anak Abdul Mun’im menyampaikan hadiah dan sampul hijau kepada pelajar-pelajar Pusat KACA yang diraikan.
YAM Pengiran Anak Abdul Mun’im menyampaikan hadiah dan sampul hijau kepada pelajar-pelajar Pusat KACA yang diraikan.

Sumbangan itu merupakan usaha berterusan syarikat berkenaan dalam menyokong hasrat murni badan-badan kebajikan yang memerlukan seperti SMARTER, KACA dan Pusat Ehsan serta juga merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA