Myanmar ambil langkah cegah penularan selesema burung

Myanmar ambil langkah cegah penularan selesema burung

YANGON, 17 April (Xinhua) – Pihak berkuasa Myanmar telah mengambil langkah untuk mencegah penularan selesema burung selanjutnya yang meletus di Monywa, barat laut Myanmar baru-baru ini, dengan penakaian kira-kira 7,000 ekor ayam.

Menurut Kementerian Kesihatan hari ini, selesema burung berlaku di zon ternakan ayam itik di Monywa minggu lepas dan 7,000 ekor ayam telah ditakai dari 13 buah ladang. Tidak ada jangkitan ke atas manusia berlaku sejauh ini, menurut sumber.

Kementerian sedang menjalankan pengawasan demam panas ke atas para pekerja yang ditugaskan dengan penakaian ayam yang dijangkiti.

Pasukan khas juga telah mengimplementasikan satu zon kuarantin ke atas kawasan yang dijangkiti dan sedang melaksanakan pengawasan, langkah mengawal jangkitan serta menyediakan bantuan perubatan kepada mereka yang disyaki menjangkiti yang lain.

Wad pengasingan dan klinik sementara juga telah didirikan di zon ternakan ayam itik untuk menyediakan penjagaan kesihatan kepada para penduduk dan menimbulkan kesedaran tentang selesema burung.

ARTIKEL YANG SAMA