Myanmar ancam saman kilang cemari tasik

Myanmar ancam saman kilang cemari tasik

YANGON, 7 Mei (dpa) – Pihak berkuasa di bandar kedua terbesar Myanmar sedang merancang untuk mengambil tindakan guaman ke atas 17 kilang kerana mencemari sebuah tasek tempatan, kata pegawai kerajaan hari ini.

Jawatankuasa Pembangunan Bandar Mandalay (MCDC), sebuah badan perbandaran kerajaan, mengarahkan kilang supaya menggantung operasi pada 2 Mei selepas mendapati ikan berhampiran mati akibat pencemaran air.

Kilang tersebut terletak di sebuah zon perindustrian berhampiran Tasek Taungthaman, kira-kira 10 kilometer dari selatan Mandalay.

“Mereka mencabul arahan mengenai pengurusan bahan buangan air, maka kami memutuskan untuk menggantung semua operasi kilang,” kata Thet Naing, setiausaha bersama MCDC.

Tasek Taungthaman adalah salah destinasi pelancong paling terkenal Mandalay, tempat tinggal kepada jambatan kayu jati paling panjang dan paling lama di dunia, yang merentangi 1.2 kilometer dari tasek cetek itu.

“Pada tahun lalu, hampir kesemua daripada 460,000 pelancong ke Mandalay melawat Tasek Taungyhaman dan Jambatan U Bein, maka adalah amat penting untuk menyelenggara mereka dengan baik,” kata seorang pegawai kanan kerajaan serantau.

“Kami sedang merancang satu tindakan guaman ek atas kilang berkenaan, kerana pencabulan sedemikian adalah tidak dapat diterima,” kata beliau.