Myanmar batalkan darurat di Rakhine

Myanmar batalkan darurat di Rakhine

YANGON, 29 Mac (AFP) – Kerajaan Myanmar hari ini membatalkan keadaan darurat di Rakhine, sebahagian daripada isyarat yang berlaku serentak dengan hubungan bergolak di antara pentadbiran baru Aung San Suu Kyi dan parti politik Buddha berpengaruh di negeri barat.

Rakhine terjejas teruk oleh keganasan komunal di antara penduduk Buddha dan Rohingya Islam yang bermula pada 2012, menjadikan salah satu cabaran paling teruk untuk kerajaan pertama Myanmar dalam beberapa dekad ini.

Dalam satu tindakan mengejutkan hari ini, presiden bersara Thein Sein mengumumkan pembatalan keatas perintah kecemasan, yang telah dikuatkuasakan sejak pergolakan meninggalkan berpuluh-puluh orang terbunuh dan berpuluh ribu penduduk Rohingya Islam ditempatkan di kem pemindahan.

“Menurut kerajaan Negeri Rakhine, tidak adanya ancaman terhadap kehidupan penduduk buat masa sekarang,” kata satu kenyataan dalam media negeri yang mengumumkan perintah berkenaan, yang akan melihat tentera berundur daripada tugas keselamatan harian di rantau.

Sementara Rakhine belum melihat wabak keganasan serius dalam lebih dua tahun, negeri itu masih berpecah mengenai dasar agama. Kebanyakan penduduk Islam terperangkap di kem atau di kawasan yang dikawal ketat berhampiran sempadan dengan Bangladesh.

Gambar fail bertarikh 21 Oktober 2012 menunjukkan Thein Sein bercakap kepada media pada sidang media di kediaman presiden di Naypyidaw. – AFP
Gambar fail bertarikh 21 Oktober 2012 menunjukkan Thein Sein bercakap kepada media pada sidang media di kediaman presiden di Naypyidaw. – AFP

Kebangkitan aliran nasionalisme Buddha di Myanmar telah menyemarakkan diskriminasi terhadap penduduk minoriti Islam, dilihat oleh kebanyakan orang sebagai pendatang tidak sah dari negara jiran Bangladesh. Beberapa siri peraturan kerakyatan telah menyebabkan ramai penduduk Rohingya tidak mempunyai taraf negara dan tidak boleh mengundi dalam pilihan raya pada November lalu.

Berpuluh ribu orang telah melarikan diri daripada penindasan dan kemiskinan bagi penghijrahan ke negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Indonesia. Namun aliran tersebut nampaknya telah berkurangan pada tahun ini selepas satu tindakan keras oleh Thai ke atas penyeludupan orang pada 2015 yang mendorong kapten bot meninggalkan ramai penduduk Rohingya di darat dan laut, sekaligus mencetuskan satu krisis serantau.