Myanmar bebas 6,966 tahanan termasuk 155 warga China

Myanmar bebas 6,966 tahanan termasuk 155 warga China

YANGON, 30 Julai (AFP) – Myanmar hari ini mengarah pembebasan beribu-ribu tahanan termasuk 210 warga asing, kata pegawai, yang terbaru dalam beberapa siri amnesti di bawah kerajaan reformis yang telah melihat hukuman dibatalkan untuk beratus-ratus penentang.

Pihak berkuasa yang bertindak berdasarkan arahan Presiden Thein Sein mengarah kira-kira 6,966 tahanan – 210 di antara mereka warga asing – dibebaskan di seluruh negara selepas mereka didapati “berdisiplin baik”, menurut satu artikel di laman web Kementerian Perhubungan.

Pembebasan termasuk 155 warga China yang dijatuhi hukuman lama pada awal bulan ini kerana menjalankan kegiatan pembalakan haram di utara Myanmar berhampiran sempadan dikongsi sama, menurut pegawai kementerian hal ehwal dalam negara yang meminta namanya tidak disiarkan disebabkan beliau tidak dibenarkan bercakap kepada media.

“Lebih daripada 150 warga China telah dibebaskan di bawah amnesti,” kata beliau tanpa memberikan butir lanjut.

Pembebasan mereka yang dikatakan sebagai tanda ‘muhibah’ itu berikutan pelobian tegang dari Beijing dalam pengampunan besar-besaran yang juga membebaskan beberapa tahanan politik.