Myanmar belum...

Myanmar belum lagi minta UK tangkap suspek pembunuh

YANGON, 20 April – Seorang lelaki Britain berusia 26 tahun yang dikehendaki atas pembunuhan rakannya di Myanmar hidup bebas di Scotland kerana negara Asia Tenggara itu belum lagi memohon atas penangkapannya dan ekstradisi, menurut pihak berkuasa United Kingdom (UK).

Pendedahan itu membangkitkan persoalan baru berhubung respons tidak serius Myanmar atas kematian Gary Ferguson, 47, yang mayatnya ditemui di apartmen Yangon pada November.

Harris Binotti, dipercayai telah membunuh Ferguson – seorang guru di sekolah antarabangsa di Myanmar – selepas berlaku pertikaian.

Binotti lari dari Myanmar sejurus selepas kematian Ferguson.

Namun minggu lalu dia telah digambar oleh akhbar Britain hidup dengan bebas di Scotland, mencetuskan keluarga mangsa untuk bertanya kenapa dia tidak ditahan.

Para pendakwa dan polis Scotland berkata mereka belum lagi menerima sebarang permintaan ekstradisi dari Myanmar, negara yang menyiasat.

“Polis Scotland tidak mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa pada peringkat ini,” kata pasukan polis Scotland dalam satu kenyataan, menambah ia akan ‘memantau sebarang risiko berterusan’ yang mungkin dilakukan oleh Binotti. – AFP