Myanmar buka semula sebahagian laluan udara

Myanmar buka semula sebahagian laluan udara

SINGAPURA, 19 Ogos – Penerbangan Kebangsaan Myanmar (MNA) mengumumkan kelmarin ia akan meneruskan laluan udara antarabangsanya dari Yangon ke Singapura, Hong Kong dan Taiwan pada awal tahun depan selepas 22 tahun terhenti, Agensi Berita Vietnam (VNA) melaporkan.

Penerbangan itu akan menjalankan penerbangan di antara Yangon dan Singapura dari Ahad hingga Jumaat.

Bagi menjalankan rancangan itu, MNA akan memerlukan 10 pesawat baru menjelang 2020, termasuk enam Boeing 737-800NGs dan empat 737 8sMAX.

Selain MNA, Myanmar kini mempunyai tiga penerbangan lain menjalani laluan-laluan antarabangsa, dinamakan Penerbangan Antarabangsa Myanmar (MAI), Air Bagan dan Golden Myanmar Airways.

MAI membuat penerbangan ke beberapa destinasi antarabangsa tetapi Air Bagan dan Golden Myanmar hanya beroperasi pada satu laluan antarabangsa dari Yangon ke Chiang Mai, Thailand.

Myanmar menjangka untuk menerima kira-kira 4.5 juta pelawat tahun ini, meningkat hampir 30 peratus dari 2014. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA