Myanmar dipinta bertanggungjawab

GENEVA, 13 Mac – Pakar hak asasi tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam memberi amaran bahawa tindakan keras terhadap minoriti etnik Rohingya merupakan ‘kemuncak penghapusan kaum’ dan menegaskan kerajaan harus bertanggungjawab.

Hampir 700,000 orang Islam etnik Rohingya telah melarikan diri dari negeri utara Rakhine ke Bangladesh sejak Myanmar melancarkan serangan keras terhadap pemberontakan enam bulan lalu di tengah-tengah kejadian pembakaran, pembunuhan dan rogol oleh anggota tentera dan kumpulan perusuh di negara yang majoriti rakyatnya beragama Buddha.

Myanmar dengan tegas menafikan tuduhan Amerika Syarikat (AS) dan PBB mengenai pembersihan etnik, serta menegaskan mereka hanya bertindak balas terhadap serangan oleh Keselamatan Tentera Arakan Rohingya pada akhir bulan Ogos lalu.

Namun semalam, pelapor khas PBB ke Myanmar, Yanghee Lee mencadangkan bahawa istilah itu tidak cukup kuat. “Saya menjadi lebih yakin bahawa jenayah yang dilakukan, menonjolkan pemikiran penghapusan kaum dan memanggil syarat-syarat tegas menggesa mereka untuk tanggungjawab,” katanya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB. – AFP