Myanmar draf dasar baru kawal dadah

Myanmar draf dasar baru kawal dadah

YANGON, 2 Okt – Myanmar kini sedang mendraf satu dasar baru bagi mengawal dadah sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menyelesaikan masalah dadah dan juga mengurangkan jenayah, media rasmi melaporkan hari ini.

Naib Presiden Pertama U Myint Swe menekankan keperluan bagi ekonomi, kesihatan dan sektor pembangunan untuk disertakan dalam strategi penyusunan semula bagi menyelesaikan masalah dadah. Dengan teknologi membangun, penjenayah menggunakan modus operandi baru bagi melakukan jenayah, ugutan dan keganasan, menurutnya, menyeru bagi angkatan polis di semua peringkat untuk mempertingkatkan keupayaan mereka menangani masalah itu secara sistematik.

Beliau juga menggesa peningkatan keupayaan angkatan polis bersesuaian dengan standard antarabangsa.

Di bawah naungan organisasi PBB seperti UNDP, UNICEF, UNODC, ICRC dan OHCHER, bengkel-bengkel dijalankan, menurut laporan itu.

Dalam pada itu, Myanmar dan Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) sedang bekerjasama dalam antikeganasan dengan agensi PBB yang membantu Myanmar dalam pembangunan kapasiti dalam usaha mencegah tindakan keganasan. Myanmar membakar lebih AS$56 juta dadah yang dirampas di seluruh negara termasuk di Yangon, Mandalay, Nay Pyi Taw dan Taunggyi dalam Jun.

Negara itu sudah pun melanjutkan rancangan pembasmian dadah daripada 2014-2015 kepada 2018-2019. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA