Myanmar halang jurugambar AS hadiri pameran

Myanmar halang jurugambar AS hadiri pameran

YANGON, 17 Nov – Myanmar telah menyenaraihitamkan seorang jurugambar AS dan menghalang beliau daripada menghadiri pamerannya sendiri mengenai penduduk tidak bernegara, yang termasuk gambar penduduk minoriti Islam Rohingya yang tertindas. Jurugambar dokumentari Greg Constantine berkata beliau ditahan di lapangan terbang Yangon pada Jumaat dan memberitahu beliau telah ‘disenaraihitamkan’.

Constantine berkata beliau percaya ia mempunyai kaitan dengan kerja-kerja yang mendokumenkan kehidupan penduduk Rohingya, di mana status mereka merupakan tahap berbahaya di Myanmar.

Ramai di negara itu mencerca penduduk minoriti Islam, yang menetap di barat negeri Rakhine, dan menentang mana-mana tindakan yang memberikan mereka kerakyatan.

“Saya telah melakukan kerja penting mengenai penduduk tidak bernegara di Rakhine. Saya hanya boleh meramalkan bahawa ia merupakan sebab, atau salah satu sebab, kenapa saya akan disenaraihitamkan sekarang ini,” beritahu Constantine kepada AFP.

Pegawai imigresen mengesahkan jurugambar itu telah disenaraihitamkan namun enggan berkata sebabnya. “Saya tidak dapat memberitahu kamu, beliau telah disenarai hitam yang mana satu,” kata Ye Tun Oo, pengarah jabatan imigresen.

“Nowhere people,” oleh Constantine, yang meninjau kehidupan penduduk tidak bernegara di 18 buah negara di seluruh dunia, telah dijangka dibuka di Yangon pada Rabu tetapi telah ditangguhkan buat sementara waktu. – AFP