Myanmar hantar pulang 126 ‘orang bot’

Myanmar hantar pulang 126 ‘orang bot’

YANGON, 21 Ogos (Bernama) – Pihak berkuasa Myanmar sedang membuat aturan untuk menghantar pulang 126 lagi “orang bot” yang telah disahkan sebagai warga Bangladesh, kepada negeri asal mereka Selasa depan, menurut satu laporan rasmi hari ini.

Warga-warga Bangladesh di antara 228 selebihnya menunggu penghantaran balik sedang buat sementara waktu ditempatkan di kem Taung Pyo (Letwe) di negeri Rakhine, agensi berita Xinhua China melaporkan.

Tentera laut Myanmar telah menyelamatkan lebih daripada 200 “orang bot” di Maungtaw negeri Rakhine dan lebih daripada 700 orang di Pyapon rantau Ayeyawaddy pada Mei apabila meronda di perairan Myanmar.

Warga Bangladesh yang akan dihantar semula ke negara asal mereka. – Reuters
Warga Bangladesh yang akan dihantar semula ke negara asal mereka. – Reuters

Pihak berkuasa Myanmar telah menghantar pulang sejumlah 501 “orang bot” Bangladesh pada empat peristiwa sejak Jun selepas pengesahan warganegara.

Beberapa penyiasatan oleh kerajaan Myanmar telah menjumpai beberapa “orang bot” telah jatuh menjadi mangsa kegiatan penyeludupan manusia dan sindiket-sindiket jenayah selepas menerima tawaran-tawaran kerja di Thailand dan Malaysia daripada broker kerja tidak sah.

ARTIKEL YANG SAMA