Myanmar luluskan cadangan hukuman MNHRC

Myanmar luluskan cadangan hukuman MNHRC

NAY PYI TAW, 27 Sept – Dewan Perwakilan Myanmar telah meluluskan satu cadangan untuk menghukum beberapa anggota suruhanjaya hak asasi manusia, yang gagal melindungi mangsa pencabulan hak asasi manusia, menurut sumber parlimen hari ini.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional Myanmar (MNHRC) dipersalahkan kerana tidak mengambil tindakan serius berhubung kes terbaru dua pembantu rumah wanita yang diseksa oleh majikan mereka.

Resolusi diluluskan dengan undi sokongan 374-1 semalam.

Dalam perdebatan 17 penggubal undang-undang dalam sesi Dewan, beberapa anggota MNHRC dikritik sebagai mengendali kes tidak berhati perut dalam cara yang tidak adil dan menutup mata kepada hak asasi manusia.

Perantaraan suruhanjaya di antara penganiaya dan mangsa untuk menyelesai kes dengan jumlah lima juta kyat dan bukannya membawa kes ke mahkamah telah mencemarkan imej negara.

Wakil Rakyat meminta hak mereka dilindungi sejajar dengan Konvensyen Hak Kanak-Kanak PBB dan Undang-Undang Penyeludupan Manusia memandangkan mangsa yang dianiayai berusia di bawah 18 tahun.

Budak perempuan berusia 17 dan 16 tahun, yang telah bekerja untuk kedai jahit Inwa di Yangon selama dua tahun, diseksa oleh majikan dengan memukul teruk tangan mereka dan mengelar tubuh badan dengan pisau.

Menerusi aduan formal kepada polis, kedua-dua pembantu rumah itu dipulangkan kepada ibu bapa mereka pada awal bulan ini.

Unit Penyeludupan Anti-Manusia Myanmar dan Jabatan Kebajikan Sosial Rantau Yangon telah memfail tindakan guaman ke atas majikan.

Pejabat Presiden juga mengeluarkan satu pengumuman pada Khamis, berkata kerajaan sedang memantau kes penyeksaan itu. – Xinhua