Myanmar memperingati wira negara

Myanmar memperingati wira negara

YANGON, Myanmar, 19 Julai – Myanmar mengadakan satu upacara di sini hari ini bagi memperingati wira-wira negara yang terkorban, termasuklah Jeneral Aung San dan lapan orang lagi yang mengorbankan nyawa mereka bagi meraih semula kemerdekaan negara dari pemerintahan penjajahan Britain.

Jeneran Aung San adalah pengasas pasukan bersenjata Myanmar.

Bagi pihak Presiden U Thein Sein, Timbalan Presiden Sai Mauk Khan memberi penghormatan di tanah perkuburan para pejuang yang terbunuh, dalam memperingati Hari Pejuang ke 68 tahun, yang dilancarkan di perkuburan Para Pejuang. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA