Myanmar pastikan kepulangan pelarian selamat

Myanmar pastikan kepulangan pelarian selamat

YANGON, 7 Julai – Kerajaan Myanmar sedang berusaha untuk memastikan kepulangan 105,000 pelarian Myanmar yang mendapatkan perlindungan di Thailand, lapor media hari ini.

Bengkel rundingan mengenai pelan kerjasama strategik untuk penghantaran pulang pelarian secara suka rela, dianjur bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Sempadan dan Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), diadakan di Nay Pyi Taw semalam.

Menteri Leftenan-Jeneral Ye Aung berkata kerajaan sedang membuat pengaturan untuk membawa pulang pelarian Myanmar yang tinggal di sembilan kem di sempadan Myanmar-Thai.

Ye Aung mendedahkan bahawa kerajaan akan memeterai satu memorandum persefahaman dengan UNHCR untuk menyediakan pelarian yang pulang dengan pendidikan, perkhidmatan kesihatan, air bersih, infrastruktur dan latihan vokasional.

Ye Aung meminta usaha kerjasama daripada kumpulan etnik, pertubuhan masyarakat awam dan komuniti etnik lain untuk kepulangan pelarian.

Pelarian Myanmar, yang melarikan diri daripada konflik domestik sejak beberapa dekad lalu, akan dibiayai oleh program jangka pendek dan panjang sebagai sebahagian daripada projek perdamaian dan proses keamanan negara Myanmar, kata laporan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA