Myanmar rancang tutup pusat perdagangan hidupan liar

Myanmar rancang tutup pusat perdagangan hidupan liar

YANGON, 7 Jun – Pihak berkuasa Myanmar merancang untuk menutup bandar sempadan terkenal tempat haiwan eksotik dijual secara terbuka, menurut pegawai hari ini, ketika Asia Tenggara bergelut untuk membendung perdagangan hidupan liar berbilion dolar yang dimarakkan oleh tuntutan China.

Mong La, sebuah bandar sempadan yang tidak berundang-undang terletak di wilayah yang ditawan pemberontak dalam kerajaan Shan Myanmar, merupakan pasaran bagi spesies dan produk terancam – seperti gading gajah dan bahagian harimau – yang bebas diniagakan, sebahagian besarnya kepada pelancong China.

Ia adalah sebahagian daripada ‘kawasan segi tiga emas’, lubuk aktiviti haram, termasuk dadah, hidupan liar dan penyeludupan manusia, yang merentangi Myanmar, Laos dan Thailand.

“Kami merancang untuk menutup pasar itu. Namun tanpa kerjasama daripada penduduk dan polis tempatan, kami tidak akan berjaya,” kata pengarah kementerian pemuliharaan Myanmar, Kyaw San Naing memberitahu AFP.

Menurutnya, kerajaan sebelumnya – selama berdekad-dekad ditadbir oleh tentera – telah membenarkan perdagangan itu semakin berkembang menjadikan ia sukar untuk menutup segera zon menguntungkan itu.

Kementerian itu merancang satu kempen pendidikan untuk mengajar orang ramai tentang nilai melindungi sumber semula jadi dan hidupan liar Myanmar.

“Ia berkaitan dengan gaya hidup orang tempatan, oleh itu ia akan menjadi amat sukar untuk menutup pasar itu dengan segera. Namun untuk membunuh seekor gajah bagi mendapatkan dua gadingnya bukanlah satu cara yang betul,” tambahnya lagi.

Pada hari ini juga, pengarah jabatan taman Thailand berkata polis juga sedang mencari kehilangan 78 kura-kura Madagascar dari pusat hidupan liar Thailand.

Haiwan itu, bernilai AS$85,000 dalam pasaran gelap, telah diselamatkan dari peniaga haram sebelum hilang dari jagaan pegawai. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA