Myanmar rasmi Muzium Death Railway

Myanmar rasmi Muzium Death Railway

YANGON, 5 Jan (NNN) – Muzium Landasan Death Railway yang dibina di tapak Death Railway Perang Dunia II di negeri Mon, Myanmar dan dibuka semalam, pada hari kemerdekaan negara itu, akan berperanan dalam mendidik orang ramai tentang tragedi ketika peperangan itu.

Muzium itu yang terletak di tapak berkeluasan 1.62 hektar memperlihatkan kehidupan sengsara tahanan perang yang mati ketika pembinaan Death Railway.

Death Railway, terletak di Thanbyuzayat di negeri Mon, telah dibina oleh tentera Jepun yang menyerang dalam tahun 1943 untuk menyokong usaha perang Jepun dengan menghubungkan Yangon (pada masa itu dipanggil Rangoon) ke Bangkok.

Pembinaannya terkenal dengan kebergantungannya pada buruh paksa dari masyarakat awam di Thailand dan Myanmar dan tahanan perang bersekutu.

Tanah perkuburan Thanbyuzayat adalah tempat yang mana beberapa ratus mangsa Death Railway telah dikebumikan.