Myanmar temui simpanan gas yang besar

Myanmar temui simpanan gas yang besar

YANGON, MYANMAR, 4 Jan (NNN) – Sebuah syarikat tempatan Myanmar telah menemui simpanan gas luar pesisir yang besar di luar Pantai Ngwesaung, Pathein di barat daya rantau Ayeyawaddy, kata satu laporan rasmi hari ini.

Di satu lokasi terletak kira-kira 48 kilometer dari pantai, MPRL E dan P Pte Ltd menemui simpanan gas dalam satu ujian yang dikenali sebagai Shwe Yee Htun-1 pada kedalaman 5.3 kilometer di bawah jadual putar dan 2 kilometer di bawah permukaan air.

Syarikat tempatan itu, satu-satunya syarikat tenaga bebas dipimpin oleh warga Myanmar, mula mencari gali telaga pada November tahun lalu.

Eksport minyak dan gas asli negara memperoleh 4.6 bilion dolar AS pada tahun fiskal 2014-15, menduduki ranking pertama pada tahun itu.

Gas, dihasilkan dari padang gas Yadana, Shwe, Yetagun dan Zaetika, dieksport terutamanya ke China dan Thailand.

Beberapa syarikat dari Britain, Australia, Jepun, Itali dan India pada tahun lalu menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran dengan Myanmar untuk mencari gali minyak dan gas di blok di luar pantai Rakhine, pantai Taninthayi dan Mottama di selatan kawasan Andaman.

Myanmar mempunyai sumber gas asli yang banyak terutamanya di kawasan luar pesisir.

Pelaburan asing dalam sektor minyak dan gas Myanmar berjumlah 19.641 bilion dolar AS pada akhir September 2015 sejak akhir 1988 apabila negara membuka pintu kepada pelaburan sedemikian, menyumbang kepada 34.16 peratus daripada jumlah dan menduduki ranking pertama dalam pelaburan asing negara, statistik menunjukkan.