Myanmar teruskan ‘pembersihan etnik’ Rohingya

Myanmar teruskan ‘pembersihan etnik’ Rohingya

TEKNAF, Bangladesh, 25 Nov – Myanmar melaksanakan ‘pembersihan etnik’ Rohingya yang beragama Islam, seorang pegawai PBB dilaporkan berkata, ketika kisah-kisah mengerikan tentang perogolan berkumpulan, penyeksaan dan pembunuhan yang diperolehi dari kalangan beribu-ribu etnik Rohingya yang telah melarikan diri ke Bangladesh.

Sehingga 30,000 kumpulan etnik miskin ini telah meninggalkan rumah mereka di Myanmar untuk lari dari keganasan, menurut PBB, selepas pasukan tentera memasuki semenanjung sempit itu tempat mereka tinggal awal bulan ini.

John McKissick, ketua agensi pelarian PBB (UNHCR) di sempadan Bangladesh. Cox’s Bazar, memberitahu BBC bahawa pasukan tentera ‘membunuh orang lelaki, menembak mereka, membunuh kanak-kanak dengan kejam, merogol wanita dan melakukan perampasan di rumah, yang memaksa orang dari etnik ini menyeberang sungai menuju Bangladesh.

Dhaka telah menolak rayuan antarabangsa segera supaya ia membuka sempadan untuk mengelak krisis kemanusiaan, dengan sebaliknya memberitahu Myanmar ia mesti melakukan lebih untuk mencegah minoriti Rohingya yang tidak berwarganegara dari memasuki negara itu.

“Sangat sukar bagi kerajaan Bangladesh untuk menyatakan dibuka kerana ini akan seterusnya menggalakkan kerajaan Myanmar terus melakukan kekejaman dan mengusir mereka sehingga mereka mencapai matlamat utama mereka membersihkan minoriti Islam di Myanmar,” kata McKissick. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA