Myanmar, Thailand tingkatkan kerjasama

Myanmar, Thailand tingkatkan kerjasama

YANGON, 16 Jun (Agensi) – Myanmar dan Thailand telah mencapai satu memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama seterusnya dalam minyak dan tenaga elektrik, demikian menurut satu laporan rasmi.

MoU mengenai kerjasama tersebut, masing-masing ditandatangani oleh menteri minyak dan tenaga elektrik kedua-dua negara yang akan mempercepatkan perjanjian kerjasama minyak dan gas asli Myanmar-Thai 26 tahun dan memberi faedah kepada kecukupan minyak kedua-dua negara, pembangunan infrastruktur, sektor tenaga antara sempadan dan kemajuan sumber manusia, katanya.

MoU juga merangkumi kerjasama dalam import dan pengagihan gas asli cair dan akan memastikan tahap bekalan yang lebih, tambah laporan.

Menurut Kementerian Perdagangan, eksport minyak dan gas asli Myanmar memperoleh lebih 4.6 bilion dolar AS pada tahun fiskal 2014-15, mencecah jumlah tertinggi dari segi sektor pada tahun itu.

Gas, yang dihasilkan dari padang gas Yadana, Shwe, Yetagun dan Zawtika, kebanyakannya dieksport ke Thailand dan China.

Dalam empat bulan pertama tahun ini, lapan syarikat dari Britain, Australia, Kanada, Jepun, Itali dan India masing-masing menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran dengan Myanmar untuk mencari gali minyak dan gas di blok di luar pantai Rakhine, pantai Taninthayi dan Mottama lembangan Andaman Selatan.

Myanmar mempunyai sumber gas asli yang banyak terutamanya di kawasan luar pesisir.

Pelaburan asing dalam sektor minyak dan gas Myanmar berjumlah 19.641 bilion dolar AS pada akhir Mei 2015, menyumbang kepada 34.74 peratus daripada jumlah dan menduduki tempat teratas dalam pelaburan asing negara berdasarkan sektor, statistik terbaru menunjukkan.

ARTIKEL YANG SAMA