Myanmar tuan rumah pameran makmal Julai ini

YANGON, 17 Mei – Expo Lab Myanmar 2017 yang melibatkan peserta antarabangsa, akan diadakan di Yangon pada awal Julai ini, sumber-sumber rasmi menyatakan hari ini.

Ekspo itu akan mempamerkan makmal, saintifik, peralatan analitikal serta bioteknologi dan teknologi di Hotel Rose Garden di pusat bandar Yangon bermula pada 5 hingga 7 Julai.

Syarikat yang mengambil bahagian dalam ekspo tersebut boleh terus berhubung secara langsung dalam perniagaan bersama pengedar, pembeli dan ahli-ahli sains dan program pemadanan perniagaan dan seminar profesional teknikal juga diisikan dalam pameran tersebut,” menurut penganjur acara tersebut.

Lebih daripada 70 gerai juga akan memaparkan produk farmaseutikal dan peralatan perubatan canggih untuk dijual dari syarikat asing dari China, China Hong Kong, China Taipei, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Malaysia dan Itali.

Pameran perdagangan itu akan dianjurkan oleh Minh Vi Exhibition & Advertisement Services Co. Ltd (Veas) dengan kerjasama Persatuan Hospital Swasta Myanmar, Persatuan Usahawan Kelengkapan Perubatan dan Farmaseutikal Myanmar dan Yayasan Penjagaan Kesihatan Pergigian. – Xinhua