Mydin bakal labur RM500j buka lima pasar raya baru

Mydin bakal labur RM500j buka lima pasar raya baru

KUCHING, 25 Ogos – Mydin Mohamed Holdings Bhd, yang memiliki Mydin, rantaian pasar raya besar terbesar di negara ini akan melabur RM500 juta bagi membuka lima lagi pasar raya besar di seluruh negara.

Arkitek Utama Mydin Mohamed Holdings, Hiew Hong Keat berkata, lima outlet baharu itu termasuk tiga pasar raya besar di sini dan setiap satu di Melaka dan Kedah.

“Mydin telah melabur RM25 juta untuk membuka outlet pasar raya besar ke-25 di CityOne Megamall Kuching di sini yang akan siap menjelang Disember.

“Kami juga melabur RM70 juta ke atas pasar raya besar Mydin di Bandar Baru Samariang yang akan dibuka esok dan satu lagi pasar raya besar di Vista Tunku, Petrajaya, tidak lama lagi. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA