MyHSR bantu rundingan dengan Singapura

MyHSR bantu rundingan dengan Singapura

NUSAJAYA, 26 Nov (Agensi) – Penubuhan MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR) yang mengambil alih pemilikan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dijangka dapat memuktamadkan rundingan dengan negara republik itu sebelum tahun 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Hasni Mohammad, berkata perbincangan dua hala dengan Singapura masih dikekalkan fungsi kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan dibantu MyHSR.

Katanya, perkara yang akan dimuktamadkan membabitkan semua aspek termasuk spesifikasi projek, struktur komersial, pemilikan dan pembiayaan projek.

pg19_151127_a

“Sehingga kini kerajaan negeri sudah memilih tiga lokasi untuk dijadikan lokasi stesen HSR iaitu Pagoh di Muar, Pura Kencana di Batu Pahat dan Gerbang Nusajaya di Johor Bahru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Chen Choon (DAP-Jementah), Dr Boo Cheng Hau (DAP-Skudai), Ali Mazat (BN-Bukit Permai) dan Chen Kah Eng (DAP-Stulang) pada Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.