Mysterio umum persaraan

Mysterio umum persaraan

WASHINGTON, 17 Sept (Agensi) – Bekas juara heavyweight dunia, Rey Mysterio mengejutkan dunia gusti profesional apabila mengumumkan persaraan dari arena WWE melalui akuan Twitter miliknya pagi semalam.

Menurut laporan Inquisitr, Mysterio sebenarnya telahpun mencapai kata persetujuan dengan pihak WWE mengenai hasratnya untuk bersara seawal 2014.

Bagaimanapun Pengerusi WWE, Vince McMahon menolak hasrat Mysterio ketika itu atas dasar untuk terus menjual barangan komersial atlet berkenaan sekali gus memutuskan untuk memperbaharui kontraknya setahun lagi.

Dalam temu ramah Voice of Wresting bersama Dan Hales, Mysterio mendakwa dia kurang puas hati dengan layanan WWE yang menolak sebarang kos rawatan dialaminya.

Mengikut kontrak WWE, jika Mysterio cedera ketika beraksi di gelanggang kos rawatan perlu ditanggung sendiri. Hasil perbincangan berterusan antara Mysterio dan WWE akhirnya mereka mencapai kata sepakat November lalu.

Rey Mysterio.
Rey Mysterio.

Bagaimanapun dalam temu bual dengan Sports Illustrated pada Ogos lalu Mysterio mengakui dia mendapat layanan baik daripada WWE.

“Dan saya bersyukur dengan pihak syarikat yang menjadikan Rey Mysterio diiktiraf di seluruh dunia. Saya tidak terfikir untuk menjadi sebahagian dari WWE akibat halangan saiz badan, tetapi McMahon memutuskan untuk membawa saya ke arena gusti profesional.

“Tiada siapa yang tahu bagaimana untuk memasarkan saya seperti Vince McMahon,” katanya.

Mysterio adalah juara WCW Cruiser-weight sebanyak lima kali. Atlet yang memiliki nama sebenar Oscar Gutierrez itu juga berjaya sebagai penggusti berpasangan dengan Lucho Underground.

Mysterio kini bersama Johnny Mundo, Matt Cross, Konnan, El Patron, ADR dan ramai lagi dalam siri jelajah dunia.