MyTown perken...

MyTown perkenalkan pastri baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jan – Bersempena dengan Tahun Baru Cina hujung bulan ini, MyTown Eating House telah memperkenalkan pastri baru iaitu Tat Nanas.

Orang ramai yang ingin mendapatkan pastri coklat keemasan dengan rasa manis jam nanas yang pekat tersebut pada kuantiti besar, mereka perlu membuat tempahan tiga hari terlebih awal.

MyTown Eating House dalam kenyataannya menyatakan, ia sesuai sebagai hadiah Tahun Baru Cina bagi rakan-rakan dan keluarga atau untuk disajikan kepada tetamu.

Menurut kenyataan itu lagi, Jam Tat Nanas MyTown Pineapple diperbuat daripada campuran nanas asli dan dimasak bersama kayu manis yang menebalkan teksturnya.

Tat Nanas MyTown diperkenalkan sempena Tahun Baru Cina bulan ini.
Tat Nanas MyTown diperkenalkan sempena Tahun Baru Cina bulan ini.

Hidangan itu juga ditambah sedikit gula untuk memekatkan jam tersebut yang menyeimbangkan rasa manisnya. Kemudian campuran telur, mentega dan tepung menghasilkan pastri lembut bagi tat dan dengan gabungan jam dan pastri, ia kemudian dibakar pada suhu dan masa yang sesuai.

MyTown Eating House turut menekankan komitmennya untuk menyajikan pastri-pastri yang memenuhi standard kecemerlangan dan menyatakan bahawa mereka terkenal dengan produk kacang merah dengan telur masin, karipap ayam, tat telur, tat Portugis dan banyak lagi.