MyTown terima sijil halal

MyTown terima sijil halal

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Kedai makan MyTown, hari ini, telah menerima persijilan halal bagi penyediaan makanan dan produk keluarannya, yang mana pengiktirafan ini adalah selaras dengan hasrat mereka untuk menyediakan makanan halal buat pelanggan.

Pengiktirafan berkenaan dikeluarkan oleh Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kesihatan selaku pihak berkuasa dalam pengiktirafan sijil halal di negara ini. Menurut kenyataan MyTown, fokus utama mereka bukan sahaja untuk terus menghasilkan produk halal tetapi juga komited dalam menyediakan operasi dan tenaga kerja yang terlatih dan berpengetahuan dalam aspek kehalalan seperti yang digariskan.

Warga MyTown bergambar ramai bersama sijil halal yang diterima.
Warga MyTown bergambar ramai bersama sijil halal yang diterima.

ARTIKEL YANG SAMA