Nad Zainal selamat lahirkan anak lelaki

Nad Zainal selamat lahirkan anak lelaki

KUALA LUMPUR – Pelakon Nad Zainal, 26, selamat melahirkan anak lelaki seberat 2.09 kilogram di sebuah pusat perubatan.

Suaminya, Muhamad Faliq Amirudin berkata, Nad melahirkan anak sulung mereka secara pembedahan kerana berdepan dengan sedikit kompilasi, namun bersyukur apabila semuanya selamat.

“Nad tidak dapat bersalin secara normal kerana mengalami sedikit kompilasi dan doktor menasihatkannya supaya menjalani pembedahan. Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan anak sihat. Isteri saya begitu tenang sebelum menjalani pembedahan dan kini sedang berehat. Nad juga begitu kuat, malah sempat bergurau senda dengan doktor yang menyambut kelahiran anak kami,” katanya.

Nad Zainal selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Fahad Ibrahim.
Nad Zainal selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Fahad Ibrahim.

Berita gembira itu terlebih dulu dikongsi Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, menerusi akaun Instagram miliknya apabila memuat naik foto Faliq bersama anak mereka yang diberi nama Fahad Ibrahim.

Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 18 Disember lalu.