Nadal akan beraksi di Austalia buat pertama kali

Nadal akan beraksi di Austalia buat pertama kali

SYDNEY, 24 Ogos – Pemain nombor lima dunia, Rafael Nadal akan bermain di Brisbane tahun depan, kata penganjur hari ini, dan ia adalah kali pertama bagi pemain Sepanyol itu untuk memulakan musim di Australia.

Kejohanan yang diadakan di bandar timur Brisbane pada Januari nanti jelang Terbuka Australia, terakhir telah dimenangi oleh pemain Kanada, Milos Raonic yang telah menewaskan Roger Federer pada perlawanan akhir.

“Ia akan menjadi aksi pertama dalam kerjaya saya untuk memulakan permainan di Australia bagi minggu pertama musim ini dan saya benar-benar teruja mengenainya,” kata juara 14 kali Grand Slam, Nadal dalam satu kenyataan.

“Saya rasa ini adalah sesuatu yang saya perlu lakukan dalam kerjaya saya dan pada masa yang sama ia akan menjadi persediaan yang baik untuk saya memulakannya di Australia.”

Gambar fail bertarikh 17 Ogos 2016 me-nunjukkan aksi Nadal semasa menentang pemain daripada Uruguay, Pablo Cuevas dalam Kejohanan the Western & Southern Open di the Lindner Family Tennis Center, Mason, Ohio. – AFP

Pengarah kejohanan, Geoff Quinlan berkata bahawa pihak penganjur telah mengadakan perbincangan dengan pemain berusia 30 tahun itu untuk beberapa tahun dan Nadal berkata ia akan menjadi drawcard yang besar untuk peminat.

“Ini hanya permulaan yang sangat menarik bagi barisan pemain yang kami akan umumkan beberapa bulan akan datang,” katanya. – AFP