Nadal beraksi di Rio 2016

Nadal beraksi di Rio 2016

RIO DE JANEIRO, 3 Ogos – Rafael Nadal komited untuk beraksi dalam acara perseorangan, bergu dan bergu campuran di Olimpik semalam biarpun kebimbangan yang serius sama ada kecederaan pergelangan kirinya akan dapat bertahan bagi cabaran itu.

‘Selepas membincangkannya bersama pasukan saya, saya telah memutuskan saya akan beraksi semampunya. Kami berada di sini dan latihan dalam keadaan baik,” kata pemain dari Sepanyol itu, 30, selepas sesi latihan tegang 90 minit bersama pesaing David Ferrer.

Pemain nombor lima dunia, Nadal meluangkan masa tempoh yang panjang selepas sesi latihan di tengah gelanggang membincangkan rancangannya bersama doktor pasukan dan kapten pasukan, Conchita Martinez. Dia dijadualkan akan beraksi dalam bergu bersama Marc Lopez dan bergu campuran bersama juara Terbuka Perancis, Garbine Muguruza.

“Semalam (Isnin) dan hari ini adalah latihan terkuat saya dalam tempoh dua bulan dan pergelangan dalam keadaan baik,” tambahnya.

Rafael Nadal menjawab soalan wartawan selepas sesi latihan tenis di Pusat Tenis Olimpik di Rio de Janeiro, jelang Sukan Olimpik Rio 2016. – AFP
Rafael Nadal menjawab soalan wartawan selepas sesi latihan tenis di Pusat Tenis Olimpik di Rio de Janeiro, jelang Sukan Olimpik Rio 2016. – AFP

Nadal belum beraksi sama sekali sejak dipaksa berhenti dari Terbuka Perancis sebelum pusingan ketiga selepas mengalami kecederaan tendon di pergelangan kiri. Dia terlepas persaingan Wimbledon. Alat perllindungan yang dipakainya sejak Paris hilang semalam.

Pemenang gelaran Grand Slam sebanyak 14 kali itu adalah pemenang pingat emas pada Olimpik Beijing 2008 tetapi terlepas Sukan London 2012 kerana cedera lutut. Dia dijadualkan membawa bendera negaranya pada majlis pembukaan di Rio pada Jumaat lalu.

Nadal mengakui bahawa peluang terbaiknya mungkin menghadapi masalah di mana bebanan dikongsikan. ‘Ia adalah benar dalam bergu, saya mungkin lebih baik, tetapi anda tidak akan tahu,’ katanya. ‘Saya akan melakukan sedaya yang mampu untuk menjadikan peranan terbaik dan membawa sesuatu yang positif bagi Sepanyol.”

Keputusan Nadal untuk beraksi dalam tiga acara adalah satu peningkatan bagi penganjur yang semalam menyaksikan pemain nombor empat dunia Stan Wawrinka menarik diri kerana kecederaan belakang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA