Nadal, Berdych tempah tiket Jelajah Akhir

Nadal, Berdych tempah tiket Jelajah Akhir

SHANGHAI, 19 Okt – Rafael Nadal dan Tomas Berdych telah menempah tiket mereka ke Jelajah Akhir Dunia ATP, meninggalkan hanya dua ruang untuk diisikan dalam kejohanan lapan pemain itu.

Nadal dan Berdych akan bertanding di samping Novak Djokovic, Andy Murray, Roger Federer dan Stan Wawrinka pada musim akhir di London bermula 15 hingga 22 November.

Nadal layak buat musim ke-11 berturut-turut selepas mara ke separuh akhir di kejohanan Shanghai Masters, seminggu selepas meraih tempat kedua di Terbuka China, Beijing.

Sementara Berdych yang berusia 30 tahun akan membuat penampilannya keenam pada kejohanan akhir itu.

Dalam perlumbaan untuk meraih dua tempat selebihnya, Kei Nishikori dari Jepun dan David Ferrer dari Perancis ketika ini berada di tempat ketujuh dan kelapan. – AFP

Rafael Nadal dan Tomas Berdych sudah menempah tiket Kejohanan Akhir ATP. - Reuters
Rafael Nadal dan Tomas Berdych sudah menempah tiket Kejohanan Akhir ATP. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA