Nadal bergelut tumpaskan Dimitrov

Nadal bergelut tumpaskan Dimitrov

ZURICH, 29 Okt (Reuters) – Rafael Nadal diheret sehingga set ketiga sekali lagi semalam, yang melepaskan servisnya sebanyak empat kali sebelum berjaya menyingkirkan Grigor Dimitrov dari Bulgaria 6-4, 4-6 6-3 pada pusingan kedua Basel International.

Pemain dari Sepanyol itu, 29, yang memerlukan tiebreak set terakhir untuk mengatasi Lukas Rosol pada pusingan pertama, mempamerkan persembahan menarik bagi menghalang cabaran dari Dimitrov, 24.

Pilihan ketiga, Nadal, terpaksa bangkit setelah kehilangan servis pada permainan pertama dalam pertandingan itu dan memenangi set itu selepas pesaingnya menghasilkan beberapa kesilapan mudah.

Rafael Nadal. – AFP
Rafael Nadal. – AFP

Dimitrov mendahului 4-0 pada set kedua sebelum Nadal kembali bangkit. Pemain dari Bulgaria itu menamatkan set tersebut dan semakin kuat apabila sekali lagi menghalang servis bekas pemain nombor satu dunia itu pada permainan pertama penentuan.

Tetapi Nadal mempertahankan perasaan gentar untuk menyamakan kedudukan dan kemudian memecahkan servis pada permainan ke lapan sebelum memenangi dalam masa dua jam 12 minit.

Dalam satu lagi pertandingan pusingan kedua, pilihan ke lapan dari Belgium, David Goffin menewaskan Adrian Mannarino dari Perancis 6-4 6-3.

ARTIKEL YANG SAMA