Nadal buru rekod Vilas

Nadal buru rekod Vilas

BARCELONA, 18 April (AFP) – Masih lagi segar setelah memenangi gelaran pertamanya dalam hampir tempoh dua tahun di Monte Carlo Masters, Rafael Nadal boleh menyamakan rekod Vilas 49 gelaran gelanggang tanah liat di tempat sendiri di Terbuka Barcelona minggu ini.

Nadal adalah pemenang di ibu negara Catalan setelah memenangi gelaran itu lapan kali, tetapi mengalami kekalahan mengejut dalam setiap dari dua tahun kepada Nicolas Almagro dan Fabio Fognini.

“Saya melalui musim sukar sejak beberapa tahun, tetapi saya memiliki persediaan yang lebih baik pada tahun ini, walaupun permulaan sukar musim ini,” kata Nadal selepas menjulang gelaran Master ke-28.

“Saya berharap ia membantu musim saya dengan keyakinan bagi pertandingan seterusnya. Saya mampu untuk beraksi dengan baik bagi dua acara berturut–turut, Indian Welss dan di sini memenangi pesaing yang sukar jadi ia adalah bagus bagi keyakinan saya.”

Rafael Nadal yang memenangi kejohanan Monte Carlo Masters. - AFP
Rafael Nadal yang memenangi kejohanan Monte Carlo Masters. – AFP

Fognini dari Itali menjadi penghalang bagi Nadal dalam tempoh dua tahun ketika dia dua kali menewaskan pemain dari Sepanyol itu di atas gelanggang tanah liat dan bangkit setelah ketinggalan dua set untuk menewaskan juara Grand Slam 14 kali di Terbuka AS pada September lalu.

Keduanya mungkin akan bertemu sekali lagi pada suku akhir ketika Nadal mendapatkan undian bersama pesaing David Ferrer yang juga berpotensi menunggu di separuh akhir.

“Saya diberikan laluan sukar dan saya kembali daripada kecederaan,” kata Fognini.

“Saya berharap saya boleh mendapatkan pertandingan yang bagus dan mendapatkan kelebihan sebahagian pemain yang tiba dengan sedikit keletihan selepas beraksi sejak beberapa minggu.”

Nadal akan bermula menentang seorang lagi pemain dari Sepanyol dengan pemenang Marcel Granollers dan Daniel Munoz de la Navas menunggunya pada pusingan kedua.

ARTIKEL YANG SAMA