Nadal cemas

Nadal cemas

NEW YORK, 1 Sept – Juara dua kali, Rafael Nadal terselamat daripada saingan pemain remaja Croatia, Borna Coric untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS), semalam.

Nadal, yang menang kejuaraan kedua di New York pada penampilan tahun 2013 sebelum dihimpit kecederaan selama setahun, bagaimanapun dikerah empat set 6-3, 6-2, 4-6, 6-4 sebelum menang ke atas pemain berusia 18 tahun itu.

“Saya berpeluh banyak. Saya ada sedikit masalah perut, jadi saya tidak berasa sempurna secara fizikal. Tetapi dalam set keempat saya pulih sedikit dan lebih agresif,” kata pemain Sepanyol.

Coric, pemain paling muda dalam kelompok 50 teratas, telah memenangi gelaran junior di New York pada 2013 ketika Nadal menyertai acar senior.

Nadal meraikan kejayaan berjaya menewaskan Borna Coric untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka AS semalam. – Reuters
Nadal meraikan kejayaan berjaya menewaskan Borna Coric untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka AS semalam. – Reuters

Isnin lalu, pemain ranking ke-33 menunjukkan bakat yang telah membantu beliau untuk meraih kemenangan mengejut ke atas bekas pemain nombor satu dunia di Basel Oktober lalu.

Tetapi Nadal, yang bermain pada ranking terendah sejak 2004, memantapkan permainan dengan break penting dalam permainan ketujuh set keempat untuk meletakkan asas kemenangan.

Nadal yang beraksi sebagai pilihan kelapan dan memegang 14 gelaran major, akan bertemu pemain Argentina, Diego Schwartzman dalam kelompok terakhir 32 pemain.

Coric, pemain termuda dalam senarai 50 pemain teratas, memenangi kejohanan remaja di New York pada 2013 ketika Nadal menjuarai kejohanan senior.