Nadal cipta sejarah

Nadal cipta sejarah

MADRID, 19 Mei (AFP) – Rafael Nadal menegaskan misi menawan gelaran ke-10 Terbuka Perancis bukanlah kehendak individu, namun kejohanan yang menyaksikan dirinya hanya tewas dua kali sejak 2005 itu kekal sebagai gelanggang pilihan utamanya.

Pemain berusia 29 tahun itu memegang rekod juara sebanyak sembilan kali di Roland Garros di mana dia mencatat 7-2 tetapi cengkaman kejuaraannya itu tampak longgar sejak tahun lalu selepas kecundang di suku akhir di tangan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic.

“Ia satu kejohanan istimewa buat saya dan sentiasa menjadi tumpuan utama dalam kalendar kejohanan,” kata pemain nombor lima dunia itu.

“Apa yang penting, saya menikmati kejohanan ini. Saya gembira apabila dapat beraksi, saya berada sangat kompetitif ketika berdepan sesiapapun dan ia menjadikan saya sangat gembira.”

Gambar fail yang diambil pada 8 Jun 2014 menunjukkan Nadal menjulang trofi selepas memenangi perlawanan akhir kejohanan tenis Terbuka Perancis di Stadium Roland Garros, Paris. Nadal menawan gelaran ke-10 Terbuka Perancis yang menyaksikan dirinya hanya tewas dua kali sejak 2005 itu dan kekal sebagai gelanggang pilihan utamanya. – AFP

Pemain nombor lima dunia, Nadal tidak berada dalam kelompok pemain pilihan untuk Terbuka Perancis kali ini yang dijadual membuka tirainya hujung minggu ini.

Namun, kelibat Nadal kekal sebagai ancaman utama dengan dia turut membawa gelaran diraihnya di kejohanan tanah liat di Monte Carlo dan juga Barcelona tahun ini sebagai motivasi dirinya di Terbuka Perancis.

ARTIKEL YANG SAMA