Nadal dapat ‘wildcard’

Nadal dapat ‘wildcard’

BUENOS AIRES, 2 Feb, 2016 – Permintaan Rafael Nadal dalam jemputan ‘wildcard’nya ke Argentina terbuka minggu depan diterima selepas kejutan beliau terkeluar daripada perlawanan Terbuka Australia.

Pemain nombor lima dunia itu tewas pada pusingan pertama Grand Slam untuk kali kedua dalam kerjayanya kepada rakan lawan dari Sepanyol, Fernando Verdasco di Melbourne.

Selepas pemergian awalnya yang tidak disangka-sangka, pemain berusia 29 tahun itu telah pergi ke Mallorca untuk memulakan latihan bagi mempertahankan gelarannya di Buenos Aires.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penganjur Terbuka Amerika kerana memberi ‘wildcard’ ini untuk bermain di Buenos Aires,” katanya kepada laman web ATP dari Mallorca semalam.

“ketika keberadaan saya dalam permainan di Argentina membawa pengalaman indah dan penuh dengan kenangan yang baik kerana rakyat di sana adalah antara yang terbaik di dunia.

“Saya meminta ‘wildcard’ ini selepas keputusan teruk yang saya perolehi semasa perlawanan di Melbourne dan saya berharap Buenos Aires sekali lagi akan menjadi permulaan yang baik untuk saya. Saya akan cuba yang terbaik untuk memastikannya,” jelasnya lagi.

Nadal menguatkan barisannya di Argentina yang sudah mempunyai pemain nombor lima dunia, David Ferrer, pemain nombor sembilan daripada Perancis, Jo-Wilfried Tsonga dan pemain pada kedudukan ke-12 daripada Amerika Syarikat, John Isner.

Selepas kekalahan minggu lepas, jurulatih Nadal dan Toni Nadal meningkatkan kemungkinan bahawa juara 14 kali bagi kejuaraan Grand Slam itu mungkin memohon pasukan jurulatih baru untuk menewaskannya.- AFP

ARTIKEL YANG SAMA