Nadal, Federer pilihan satu dan dua

MELBOURNE, 11 Jan – Tangga teratas, Rafael Nadal dan juara bertahan, Roger Federer telah menjadi pilihan pertama dan kedua bagi Kejohanan Terbuka Australia, bermakna mereka hanya boleh bermain antara satu dengan lain di Melbourne Park bulan ini jika mereka mengadakan perlawanan ulangan pada aksi final di kejohanan tersebut tahun lalu.

Federer yang kembali setelah mengalami kecederaan dan menjadi pilihan ke-17 pada kejohanan itu tahun lepas apabila dia berjaya mengalahkan Nadal, pilihan kesembilan, dalam perlawanan final lima set berkenaan.

Grigor Dimitrov, yang berjaya ke separuh akhir pada tahun lepas, menjadi pilihan ke tiga dan juara enam kali Novak Djokovix – kembali dari enam bulan rehat akibat kecederaan – menjadi pilihan ke-14.

Pemilihan untuk kejohanan utama yang pertama pada musim ini, datang daripada ranking dalam kedua-dua kejohanan perseorangan. Undian untuk kejohanan dijadualkan pada hari ini.

Federer bersedia membuat servis semasa sisi latihan kelmarin. – AP

Serena Williams memutuskan untuk tidak mempertahankan gelarannya di Australia, dengan mengatakan bahawa dia hanya empat bulan selepas melahirkan anak sulungnya dan prestasi permainannya belum kembali ke tahap di mana dia merasakan dapat memenangi gelaran Grand Slam.

Dua kali finalis Terbuka Perancis, Simona Halep yang belum memenangi kejohanan utama, telah diundi sebagai pilihan pertama dalam aksi wanita, diikuti oleh Caroline Wozniacki di tempat kedua dan juara Wimbledon, Garbine Muguruza di tempat ketiga.

Venus Williams, yang kalah pada Terbuka Australia kepada adik perempuannya, Serena pada tahun lepas, menjadi pilihan kelima kejohanan.

Pemenang Terbuka Perancis, Jelena Ostapenko pula adalah pemain pilihan ketujuh dan pemenang Terbuka AS Sloane Stephens adalah pilihan ke-13. – AP