Nadal juara Stuttgart

Nadal juara Stuttgart

STUTTGART, Jerman, 15 Jun (AFP) – Rafael Nadal memenangi gelaran keduanya musim ini dan keempat di atas gelanggang rumput selepas menewaskan Viktor Troicki dari Serbia 7-6 (7/3), 6-3 semalam untuk menjadi pemain pertama menang di atas gelanggang tanah liat dan rumput tiruan di Terbuka Stuttgart.

Pilihan utama dari Sepanyol itu mencatatkan satu lagi rekod ketika memenangi edisi rumput selepas menjulang trofi di atas gelanggang tanah liat pada 2005 dan 2007. Stuttgart bertukar kepada gelanggang rumput bermula dengan edisi ini sebagai sebahagian daripada pra musim Wimbledon yang baru.

Gelaran kerjaya ke-66 Nadal dan keduanya pada 2015 selepas memenangi trofi itu di atas gelanggang tanah liat Amerika Selatan Februari lalu. Pemain dari Sepanyol itu sekarang memiliki dua gelaran gelanggang rumput di Wimbledon termasuk Queen’s Club 2008, London dan sekarang Stuttgart.

Juara grand slam 14 kali itu yang berada di ranking ke-10, menggilap rekodnya kepada 5-0 selepas membenam pilihan kelapan Troicki, kali terakhir berdepan pemain Serbia itu dalam separuh akhir di Tokyo hampir lima tahun lalu. Nadal mencatatkan kejayaan final ke-95 untuk rekod 66-29.

Persaingan terakhirnya di permukaan rumput adalah di Wimbledon pada 2011 apabila tewas kepada Novak Djokovic. Troicki beraksi dalam final ketujuh – dan pertama di permukaan rumput – dan sekarang mencatatkan 2-5 dalam pertandingan merebut gelaran.

Rafael Nadal bergambar dengan sebuah kereta Mercedes AMG GT S dan trofi Terbuka Stuttgart selepas menewaskan Viktor Troicki semalam. – AFP
Rafael Nadal bergambar dengan sebuah kereta Mercedes AMG GT S dan trofi Terbuka Stuttgart selepas menewaskan Viktor Troicki semalam. – AFP

Kejayaan Nadal meningkatkannya kepada 33-10 musim ini ketika dia bersedia untuk separuh masa kedua 2015 yang lebih baik. Dia sekarang mencatatkan 17-2 di Stuttgart selepas kali terakhir bersaing lapan tahun lalu.

“Saya tidak terganggu dengan jangkaan lain,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

“Saya hanya diberikan semangat oleh hasrat saya sendiri, tidak ada tekanan ke atas saya. Adalah menarik untukmenang di permukaan rumput selepas menang di gelanggang tanah liat. Kejayaan adalah pesaing yang sukar.

“Tetapi saya mendapatkan keyakinan sejak sebulan setengah yang lalu selepas tiga bulan setengah yang mengecewakan musim ini.

“Saya merasakan permainan saya lebih baik selepas pertandingan pertama saya di Monte Carlo (pertengahan April). Ia meletihkan dari segi mental untuk beraksi pada bahagian pertama tahun ini. Saya tidak selesa di atas gelanggang.