Nadal juarai Terbuka Hamburg

Nadal juarai Terbuka Hamburg

HAMBURG, Jerman, 3 Ogos – Bintang tenis Sepanyol, Rafa Nadal memenangi gelaran ke-67 sepanjang kariernya selepas gah menewaskan pemain Itali, Fabio Fognini di pentas final Terbuka Hamburg, hari ini.

“Saya mengalami beberapa kekejangan yang tidak begitu menyenangkan. Saya tewas dua permainan terakhir menentang beliau, jadi saya tahu ia akan menjadi sesuatu yang sukar kali ini,” kata Nadal yanga berusia 29 tahun.

“Saya rasa saya mempunyai sikap yang hebat dalam keseluruhan perlawanan, amat positif dan berjuang untuk mendapatkan bola.

“Saya mengalami beberapa detik yang sukar di gelanggang, hilang peluang, tetapi setiap kali saya kembali dan terus berjuang dengan mentaliti yang betul. Saya gembira dengan kemenangan ini yang amat penting bagi saya.”

Nadal yang juga pemenang 14 gelaran Grand Slam mencatat kemenangan 7-5, 7-5. Lebih banyak bergelut akibat masalah kecederaan musim ini, hanya dua gelaran berjaya diraih Nadal tahun ini sebelum memenangi Terbuka Hamburg iaitu Terbuka Stuttgart dan Terbuka Buenos Aires.

Nadal meraikan kejayaan merangkul piala Terbuka Hamburg selepas menewaskan Fabio Fognini semalam. – AFP
Nadal meraikan kejayaan merangkul piala Terbuka Hamburg selepas menewaskan Fabio Fognini semalam. – AFP

“Sekarang musim gelanggang keras bermula. Ia adalah cerita yang berbeza, tetapi pada masa sama, saya akan terus berjuang dengan mentaliti yang sama.

“Gelaran ini membantu untuk menjadikan saya sedikit lebih tenang dan menambah beberapa mata untuk ranking saya bagi selesai dalam kelompok lapan teratas tahun ini,” kata Nadal lagi.

Keputusan itu menyaksikan bekas pemain nombor satu dunia itu tergelincir ke kedudukan ke-10 ranking dunia ketika ini.

Fognini sebelum ini pernah memenangi Terbuka Hamburg pada 2013. Pemain berusia 32 tahun itu pernah menundukkan Nadal termasuk dua kejohanan tahun ini di Rio de Janeiro dan Barcelona.

Nadal melangkah ke suku akhir Terbuka Hamburg dengan kemenangan 6-4, 7-6 (7/2) ke atas Jiri Vesely dari Republik Czech ketika pemain Sepanyol cuba untuk memulihkan musimnya yang lesu.

Pilihan Mallorca itu yang beraksi di gelanggang tanah liat pada musim panas buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun, akan menentang pilihan kelima Uruguay Pablo Cuevas, yang menundukkan Jerzy Janowicz dari Poland 6-3, 4-6, 6-2.

Nadal, juara 2008 di Hamburg, melanjutkan rekod tanah liat pada 2015 kepada 23-6 ketika cuba untuk menambah 46 gelaran gelanggang itu.

ARTIKEL YANG SAMA