Nadal kempunan status no.1 dunia

MONTREAL, 11 Ogos – Pemain remaja dari Kanada, Shapovalov mengejutkan pemain pilihan utama, Rafael Nadal untuk mara ke suku akhir Kejohanan ATP Montreal Masters, yang secara sementara menjejaskan peluang pemain dari Sepanyol itu untuk berada di kedudukan nombor satu dunia.

Shapovalov, 18, meneruskan rentak menarik di kejohanan permukaan gelanggang keras dengan bangkit mengejutkan Nadal dalam perlawanan tiga set 3-6, 6-4, 7-6 (7/4).

Nadal, 31, mungkin telah kembali ke kedudukan nombor satu dunia jika dia mara ke separuh akhir.

Tetapi Nadal bergelut untuk membalas bola pukulan ‘backhand’ dari Shapovalov dan tidak terbalas pukulan kemenangan ‘forehand’ pemain ranking 143 dari Kanada itu.

Nadal berjalan longlai meninggalkan gelanggang selepas tewas kepada Denis Shapovalov dari Kanada 3-6, 6-4, 7-6 (7/4). – AP
Nadal berjalan longlai meninggalkan gelanggang selepas tewas kepada Denis Shapovalov dari Kanada 3-6, 6-4, 7-6 (7/4). – AP

“Kekalahan teruk tahun ini kerana saya tewas menentang seorang pemain yang berada di ranking bawah,” kata Nadal. “Pada masa yang sama kerana peluang yang saya ada untuk kembali ke nombor satu.”

Kemenangan terbesar Shapovalov dalam kerjaya mundanya menentang pemenang Grand Slam sebanyak 15 kali hasil dari beberapa inspirasi tenis di depan penonton tuan rumah yang memberikannya sokongan dalam setiap pukulannya. – AFP