Nadal Lebih hargai kejayaan lepas cedera

SHANGHAI, 11 Okt – Pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal (gambar) berkata bahwaa dia menikmati setiap kemenangan yang diraihnya lebih dari sebelumnya selepas kembali ke prestasi terbaiknya tahun ini susulan siri kecederaan.

Pemain dari Sepanyol berusia 31 tahun itu memenangi gelaran keenamnya tahun ini di Beijing, masih segar selepas menjulang gelaran Terbuka AS ketiganya.

Kebangkitan Nadal selepas cedera menjadi tumpuan utama pada tahun 2017, bersama dengan kebangkitan pesaing lamannya Roger Federer.

Bercakap di Shanghai Masters, di mana Federer juga akan beraksi, Nadal berkata: “Setentunya ia seronok untuk merasainya (memenangi kejohanan selepas cedera).

“Tetapi ia adalah perasaan yang saya sudah alami beberapa kali dalam kerjaya saya. Setentunya ia bukan satu perkara yang positif, kerana lebih bagus jika tidak ada kecederaan.

“Tetapi pada masa yang sama, kecederaan adalah satu-satunya positif mengenai kecederaan adalah apabila anda bangkit dan mencapai kejayaan, anda lebih menghargainya.”

Nadal, pemenang Grand Slam sebanyak 16 kali, yang mengalami kecederaan lutut selama beberapa tahun, akan berdepan dengan pemain bukan pilihan dari Amerika, Jared Donaldson dalam perlawanan pembukaannya di Shanghai.

Dia berkata menjelang perlawanan itu bahawa dia sudah mempelajari untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainannya apabila sudah mencapai puncak kerjaya tenisnya.

“Setentunya asas permainan saya, mungkin masih sama, tetapi sewaktu kerjaya anda, saya selalu katakan perkara yang sama, anda pasti kehilangan sesuatu. Dalam laluan itu anda kehilangan sesuatu ketika anda masih muda, jadi anda perlu melakukan sesuatu agar terus kompetitif.” – AFP