Nadal mara ke pusingan ketiga

Nadal mara ke pusingan ketiga

NEW YORK, 1 Sept – Rafael Nadal meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) tanpa banyak masalah di Stadium Arthur Ashe yang mempunyai bumbung baharu dan digunakan buat kali pertama dalam perlawanan itu.

Nadal yang juga juara dua kali dan diletakkan sebagai pemain pilihan keempat, menewaskan pemain Itali, Andreas Seppi 6-0, 7-5, 6-1 untuk menempah tempat menentang pemain Russia, Andrey Kuznetsov dalam pusingan 16 terakhir.

Bumbung yang bernilai AS$150 juta dibuka buat kali pertama selepas hujan melanda pada set kedua.

Struktur gergasi itu hanya memerlukan beberapa saat untuk dibuka sebelum perlawanan Nadal dan Seppi bersambung di bawah bumbung itu.

Nadal tidak mempunyai masalah untuk menewaskan pemain Itali Andreas Seppi pada pusingan kedua Terbuka AS. – AFP
Nadal tidak mempunyai masalah untuk menewaskan pemain Itali Andreas Seppi pada pusingan kedua Terbuka AS. – AFP

“Permainan tergendala pada 10.38 malam dan disambung semula pada 10.46 – keseluruhan masa diambil adalah 7 minit dan 22 saat,” kata Persatuan Tenis AS dalam satu kenyataan.

“Rafael Nadal berpeluang menjadi pemain pertama dapat beraksi di bawah bumbung yang menutupi Stadium Arthur Ashe.”

Nadal gembira dengan situasi itu.

“Dengan bumbung terbuka juga tidak ada angin langsung, jadi ia bukanlah perubahan besar. Dan bumbung itu juga kedudukannya tinggi, jadi anda tak dapat rasa ia hampir. Saya tidak rasa perubahan. Ia hebat. Ia sukar dipercayai, gelanggang sukar dipercayai.” – AFP