Nadal mara ke separuh akhir

Nadal mara ke separuh akhir

SHANGHAI, 16 Okt (dpa) – Rafael Nadal hari ini menumpaskan Stan Wawrinka 6-2, 6-1 untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan tenis Shanghai Masters.

Pemain pilihan keempat Wawrinka banyak melakukan kesilapan di gelanggang sepanjang perlawanan berlangsung.

Terdahulu beliau terpaksa melalui cabaran getir sebelum mencatatkan kemenangan dalam permainan tiga set ke atas Marin Cilic pada peringkat suku akhir.

Nadal sebelum ini belum pernah menang ke aras pemain lima teratas sejak final Terbuka Perancis tahun lepas apabila beliau menumpaskan Novak Djokovic bagi meraih kejuaraan grand slam ke-14 nya.

Nadal akan menentang Jo-Wilfried Tsonga pada separuh akhir esok selepas pemain dari Perancis itu menumpaskan lawannya Kevin Anderson dari Afrika Selatan dengan kedudukan 7-6 (6), 5-7, 6-4.

Aksi Rafael Nadal ketika membalas hantaran Stanislas Wawrinka pada perlawanan suku akhir Shanghai Masters di Shanghai pada 16 Oktober 2015. – AFP
Aksi Rafael Nadal ketika membalas hantaran Stanislas Wawrinka pada perlawanan suku akhir Shanghai Masters di Shanghai pada 16 Oktober 2015. – AFP

Sementara itu semalam, juara Shanghai Masters dua kali, Novak Djokovic dan Andy Murray mara ke suku akhir dengan pemain nombor satu dunia, Djokovic hadir ke Shanghai dengan mencatatkan kemenangan ke-29 dan menjulang gelaran keenam di Terbuka China, dan meningkatkan usahanya bagi gelaran ke-10 di negara itu dan hatrik trofi Shanghai dengan kemenangan 6-2, 6-3 ke atas Feliciano Lopez.

Murray, pilihan ketiga, dipaksa bekerja keras ketika dia berjaya menghalang servis kencang pemain pilihan ke-13 dari Amerika Syarikat, John Isner — yang mencatatkan 22 aces — bagi 6-7 (4-7), 6-4, 6-4 untuk ke suku akhir yang memerlukan dua setengah jam.

Djokovic dilihat sukar dihentikan dalam pemburuan gelaran kesembilannya musim ini dalam ATP selepas memenangi tiga dari empat pertandingan grand slam. Dia sekarang mencatatkan 70 kemenangan pada 2015 dan mengukuhkan kedudukan 35-1 di China, di mana dia dilihat tidak akan melakukan kesilapan di atas gelanggang.

“Saya rasa ia adalah gabungan bagi mengekalkan persembahan tenis peringkat tinggi buat masa sekarang, dan juga berusaha meningkatkan beberapa kedudukan permainan saya yang saya rasa boleh diperbaiki,” kata Djokovic selepas kemenangan ketujuhnya tanpa kalah menentang pemain veteran pilihan ke-15 dari Sepanyol, Lopez.