Nadal masih belum pasti untuk beraksi

Nadal masih belum pasti untuk beraksi

RIO DE JANEIRO, 2 Ogos – Bintang dari Sepanyol, Rafael Nadal hari ini akan menentukan sama ada beliau beraksi atau tidak dalam tiga acara tenis pada Sukan Olimpik ketika meneruskan aksi kembali beliau dari kecederaan selama dua bulan.

Pemenang gelaran Grand Slam sebanyak 14 kali itu, yang berlatih buat kali pertama di Rio semalam, dijadualkan akan beraksi dalam acara perseorangan, bergu bersama Marc Lopez dan bergu campuran bersama juara Terbuka Perancis, Garbine Muguruza. Tetapi bapa saudara beliau dan jurulatihnya Toni mengakui bahawa anak saudaranya itu mungkin perlu memikirkan semula jadualnya, walaupun kemungkinan tidak beraksi dalam acara perseorangan.

‘Saya tidak tahu kerana ia bergantung ke atas siapa yang lebih baik bagi pasukan,” kata Toni Nadal apabila ditanya jika anak saudaranya akan mengutamakan acara perseorangan. ‘Kami akan menunggu sehingga esok untuk membuat keputusan untuk memainkan semuanya atau tidak dalam perseorangan, bergu dan bergu campuran.”

‘Esok kami perlu bercakap bersama (jurulatih Sepanyol), Conchita Martinez bersama Rafa dan apa yang kami rasa lebih baik bagi pasukan, dan kemudian kami beraksi. Pasti, kami memainkan sesuatu.”

Rafael Nadal semasa sesi latihan tenis di taman Olimpik di Rio de Janeiro Isnin lalu bagi persiapan awal Sukan Olimpik Rio 2016. – AFP
Rafael Nadal semasa sesi latihan tenis di taman Olimpik di Rio de Janeiro Isnin lalu bagi persiapan awal Sukan Olimpik Rio 2016. – AFP

Nadal, 30, dipaksa untuk menarik diri dari Terbuka Perancis sebelum pusingan ketiga selepas mengalami kecederaan tendon di pergelangan kiri dan tidak beraksi sejak itu, tidak beraksi dalam pertandingan Wimbledon dalam proses itu.

‘Pergelangannya semakin membaik. Kami cuba berlatih secara biasa. Kami beraksi dengan peringkat yang bagus,” kata Toni selepas latihan semalam.

Nadal mengakui ketika tiba di Brazil bahawa dia bergelut untuk cergas. ‘Saya tidak akan berada dalam yang terbaik dalam mana-mana kategori,’ Nadal memberitahu media Sepanyol. ‘Saya belum melihat apa yang boleh saya lakukan dan kemudian menentukan apa yang terbaik, perkara positif bagi saya dan bagi pasukan.”

Nadal adalah pemenang pingat emas pada Olimpik Beijing 2008 tetapi tidak beraksi dalam Sukan London 2012 kerana kecederaan lutut. Dia dijadualkan akan membawa bendera Sepanyol pada acara pembukaan di Rio pada Jumaat ini. – AFP