Nadal nafi guna bahan terlarang

Nadal nafi guna bahan terlarang

INDIAN WELLS, AS, 10 Mac (AFP) – Rafael Nadal semalam mempertahankan cara latihannya dan menafikan pernah menggunakan bahan terlarang untuk beraksi lebih tajam atau mempercepatkan pemulihan daripada kecederaan.

Nadal berada dalam perbincangan mengenai kegagalan ujian dadah Maria Sharapova – “Dia seharusnya dihukum” apabila dia mendapatkan peluang untuk menafikan khabar angin bahawa dia menggunakan dadah untuk meningkatkan persembahan.

“Saya tidak pernah mempunyai hasrat melakukan yang salah. Saya jauh dari itu, dadah,’ kata pemenang grand slam, 14 kali, yang dibelenggu dengan kecederaan sejak beberapa tahun kebelakangan.

“Saya seorang pemain yang bersih. Saya bekerja keras sepanjang kerjaya saya apabila saya mendapatkan kecederaan, saya tidak pernah menggunakan (bahan terlarang) untuk lebih pantas.”

Sepanjang kejayaan kerjaya Nadal, 29, dikatakan dengan bisikan terhadap penggunaan dadah.

Nadal ketika ditemu bual oleh para media semasa Kejohanan Tenis Terbuka India di Indian Wells. – AFP
Nadal ketika ditemu bual oleh para media semasa Kejohanan Tenis Terbuka India di Indian Wells. – AFP

“Saya mendengarnya beberapa kali mengenai dadah dan saya sudah bosan dengannya,” kata Nadal, yang menambah beliau melihat dirinya sebagai duta besar bagi tenis dan tidak akan mencemarkan imejnya sebagai rol model bagi pemain muda.

“Saya percaya dalam sukan dan nilai sukan,’ kata pemain dari Sepanyol.

“Sukan itu adalah contoh bagi persatuan. Ia adalah contoh bagi kanak–kanak dan jika saya melakukan sesuatu yang bertentangan, saya akan menipu diri sendiri, bukan menipu pemain lawan.”

Nadal berkata sepanjang kerjayanya dia telah mendapatkan manfaat dari beberapa rawatan baru bagi kecederaan lututnya, seperti terapi saraf dan Platelet Rich Plasma (PRP), yang kerap dikenali sebagai pemusingan darah.