Nadal pinta ujian dopingnya didedahkan

Nadal pinta ujian dopingnya didedahkan

MADRID, 27 April – Juara Grand Slam 14 kali, Rafael Nadal meminta bagi keputusan bagi ujian dadah yang dilakukannya sepanjang kerjayanya untuk didedahkan kepada orang ramai dalam sepucuk surat kepada Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) semalam.

Nadal memfailkan tuntutan undang–undang ke atas bekas menteri sukan Perancis, Roselyne Bachelot pada Isnin lalu selepas mendakwanya menutupi kegagalan ujian dadah.

“Ia adalah perlu sukan kami menjadi kemegahan di dunia di mana KETELUSAN dan KEJUJURAN adalah dua tonggak dalam sikap kami dan cara hidup kami,” Nadal menulis dalam surat yang dialamatkan kepada presiden ITF, David Haggerty.

Bachelot mendakwa bahawa Nadal salah seorang ahli sukan yang disukai dan dikagumi Sepanyol memalsukan kecederaan pada 2012, apabila tidak beraksi dalam enam bulan terakhir musim lalu kerana masalah lutut, dalam menyembunyikan ujian dadah yang positif.

Nadal tidak pernah gagal dalam ujian dadah sejak beberapa tahun dalam Jelajah ATP dan selalu menafikan menggunakan bahan terlarang.

“Saya percaya masanya sudah tiba dan sukan kami dan badan kepimpinan kami perlu untuk meningkatkan komunikasi yang baik kepada dunia,” surat Nadal meneruskan.

“Saya tahu berapa kali saya diuji, dalam dan di luar pertandingan. – AFP