Nadal puji generasi baru

Nadal puji generasi baru

MELBOURNE, 11 Jan – Rafael Nadal berkata kehadiran generasi baru sangat dialu-alukan dalam dunia tenis, sementara mengalu-alukan aksi kembali musuh lama, Roger Federer bagi membantunya mengekang kemaraan generasi baru itu.

Pemain hebat Sepanyol itu, juara 14 kali Grand Slam, dalam laluan kembali selepas musim 2016 musnah akibat mengalami masalah pergelangan tangan yang menyaksikan rankingnya jatuh ke kedudukan kesembilan dunia.

Pemain hebat Switzerland, Federer juga membuat aksi kembali selepas enam bulan kerana mengalami kecederaan lutut, dengan keduanya tidak sabar untuk kembali memenangi kejohanan-kejohanan besar.

Mereka perlu bekerja keras dalam pembukaan Grand Slam tahun ini di Melbourne Park minggu depan, bukan hanya perlu memikirkan Andy Murray dan Novak Djokovic sebagai pesaing hebat, malah barisan pemain baru yang menunjukkan potensi besar.

Mengetuai barisan generasi muda adalah pemain Austria Dominic Thiem, Alex Zverev dari Jerman dan Nick Kyrgios dari Australia.

Nadal, 30, berkata ia adalah bagus bagi tenis untuk melihat pemain-pemain muda yang mula menunjukkan kehebatan mereka.

“Mereka melakukan dengan baik,” kenyataannya dalam akhbar The Australian.

“Sungguh hebat untuk mempunyai generasi baru yang memiliki pemain hebat-hebat dan ia bagus untuk tenis. Tenis sangat memerlukannya.

“Kadangkala ia agak bosan untuk kerap melihat pemain yang sama.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA