Nadal sedia tunjuk kembali kehebatan

Nadal sedia tunjuk kembali kehebatan

MONTE CARLO, 12 April (AFP) – Juara lapan kali Rafael Nadal dan naib juara empat kali Roger Federer akan menentang pemain yang semakin meningkat pada pusingan kedua Kejohanan Monte Carlo Masters.

Nadal, yang bergelut untuk mencari kembali aksi cemerlangnya pada gelanggang kegemarannya itu, akan menentang Aljaz Bedene pada pusingan kedua.

Pemain nombor 60 dunia dari Slovenia itu akan berdepan cabaran yang paling mencabar di gelanggang tanah liat apabila dia menentang Nadal yang mendominasi kejuaraan berturut-turut dari 2005 hingga 2012.

Nadal sebelum ini belum pernah menentang Bedene, sementara Federer mempunyai rekod 3-0 ke atas Garcia Lopez apabila keduanya itu kini akan bertemu buat pertama kali di gelanggang tanah liat.

Bedene menempah tempatnya untuk menentang Nadal selepas dia menewaskan pemain dari Czech Lukas Rosol 6-2, 6-3 kelmarin.

Rafael Nadal yang juga bermain dalam Kategori Regu bersama rakan senegaranya Fernando Verdasco di kejohanan itu. – AFP
Rafael Nadal yang juga bermain dalam Kategori Regu bersama rakan senegaranya Fernando Verdasco di kejohanan itu. – AFP

Pemain Sepanyol Guillermo Garcia-Lopez melepasi tentangan pemain Brazil, Thomas Belucci 7-5, 6-1 untuk menentang Federer, yang dijadualkan untuk bermain perlawanan pertamanya untuk hampir lebih dari dua bulan selepas menjalani pembedahan di bahagian lutut.

Nadal berhasrat untuk memenangi kejuaraan pertamanya sejak musim panas lepas dan dengan suka ingin menjadikan Bedene sebagai mangsa pertamanya minggu ini.

Federer kali terakhir tewas pada perlawanan akhir Monte Carlo dua tahun lalu menentang rakan senegara Stan Wawrinka.

Bedene kelihatan bersedia untuk mengambil cabaran ini menentang Nadal. “Saya bermain begitu baik, setakat ini saya seronok bermain tenis. Kali ini menentang Rafa, seseorang yang sangat saya hormati. Dia merupakan salah seorang pemain terbaik di gelanggang tanah liat.

“Ia akan menjadi sesuatu yang seronok, jelasnya jika saya memainkan permainan terbaik saya. Saya bukanlah pemain kegemaran, tapi saya ada peluang. Ia bukanlah sesuatu yang dimahukan untuk bermain pemain sepertinya. Tapi jika saya punya pilihan, inilah masanya.”

Nadal ketika ini bergelut dengan keyakinan jangka panjang di gelanggang, dengan kini pemain berusia 29 tahun itu percaya dia sudah kembali dengan prestasi lamanya.