Nadal tarik diri acara beregu campuran

Nadal tarik diri acara beregu campuran

RIO DE JANEIRO, 12 Ogos – Rafael Nadal menarik diri daripada acara beregu campuran sukan tenis Olimpik sebelum bermulanya perlawanan pertama, semalam.

Persekutuan Tenis Antarabangsa mengumumkan perkara itu dan Nadal sepatutnya membuat penampilan mewakili Sepanyol bersama pasangannya, Garbine Muguruza.

Pasangan Sepanyol itu dijadualkan menentang gandingan Lucie Hradecka dan Radek Stepanek dari Republik Czech dalam perlawanan ketiga.

Nadal membuat keputusan itu selepas berjaya melangkah ke saingan suku akhir dalam acara perseorangan lelaki dan separuh akhir dalam acara beregu lelaki dalam perlawanan semalam.

Perlawanan di Olimpik ini adalah pertandingan pertama disertai Nadal sejak lebih dua bulan lalu akibat kecederaan pergelangan tangan kiri. – AP

pg23_160813_olympic logo

Rafael Nadal (kanan), dan Marc Lopez meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Kanada dalam acara beregu lelaki tenis separuh akhir pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Khamis lalu. – AP
Rafael Nadal (kanan), dan Marc Lopez meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Kanada dalam acara beregu lelaki tenis separuh akhir pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Khamis lalu. – AP

Nadal telah memberi bayangan bahawa beliau tidak mungkin memenuhi syarat beregu campuran hanya selepas mengatasi Nestor dan Pospisil 7-6 (7/1), 7-6 (7/4) bagi pertarungan pingat emas hari ini menentang Florin Mergea dan Horia Tecau dari Romania.

Apabila ditanya sama ada beliau berkemungkinan untuk memenangi tiga pingat emas, beliau menjawab: “Tidak, tidak, itu mustahil.”

Beliau menambah: “Keutamaan saya untuk mempunyai pingat perak itu adalah pasti. Bagi kami, ia adalah satu impian yang menjadi kenyataan.. – AFP