Nadal tersungkur awal

Nadal tersungkur awal

MELBOURNE, 19 Jan – Fernando Verdasco memberikan gegaran di kejohanan Terbuka Australian hari ini dengan menewaskan Rafa Nadal 7-6 (6), 4-6, 3-6, 7-6 (4), 6-2 untuk menghantar pulang bekas pemain nombor satu dunia itu keluar dari pusingan pertama kejohanan.

Ini merupakan kali pertama Nadal tewas di pusingan pertama di Melbourne Park dan yang kedua di peringkat grand slam.

Ketinggalan 2-0 di set terakhir, Verdasco mula bangkit dengan pukulan forehand bertubi-tubinya, mematahkan servis Nadal dua kali untuk berada di depan 5-2.

Dia mematahkan servis rakan senegaranya itu tiga kali, menyudahkan perlawanan dengan pukulan silang winner ke pihak lawan yang membuatkan pemerhati di Rod Laver Arena tergamam pada sesi akhir pagi itu.

Kedua-dua pemain berjabat tangan selepas perlawanan itu. - Reuters
Kedua-dua pemain berjabat tangan selepas perlawanan itu. – Reuters

“Saya memberikan segala-galanya. Saya berasa saya bermain di luar jangkaan pada set kelima selepas servis saya dipatahkan,” Verdasco berkata ketika ditemu bual di tepi gelanggang.

“Saya mula melakukan beberapa pukulan winner. Saya tidak tahu bagaimana. Saya menutup mata dan semuanya apabila saya ke depan.

“Saya kerap melakukannya dan ia menjadi.”

Selepas berjabat tangan dengan lawannya dan pengadil perlawanan, Nadal terus meninggalkan gelanggang, tidak sekalipun membuat perhentian untuk melambai kepada para pemerhati.

Satu-satunya masa Nadal ditewaskan di awal kejohanan grand slam ialah apabila Steve Darcis menewaskannya pada Wimbledon 2013.

“Ini perlawanan lima set… dia bermain begitu luar biasa pada set terakhir,” Nadal memberitahu para pemberita. “Dia dapat memukul bola dengan amat baik dengan kekuatan penuh pada set kelima.”

Sebelum kejohanan bermula, Nadal mengatakan dia membawa ‘perasaan gembira’ ke Melbourne Park, setelah cukup bersedia berikutan latihan semasa luar musim.

Namun kekalahannya ini mungkin akan menjejaskan kepercayaannya apabila melihat kembali kejayaannya sewaktu ketika dahulu.

Nadal gagal untuk meneruskan saingan melebihi peringkat suku akhir pada saingan grand slam musim lepas, yang pertama tanpa gelaran utama sejak 2004.

Bagi Verdasco, kemenangan ini adalah sebagai membalas dendam atas kekalahan lima set pada saingan separuh akhir di kejohanan tersebut pada 2009 yang merupakan rekod mainan kedua yang paling lama direkodkan di Terbuka Australia. – Reuters